Sunday, February 5, 2012

Whatcha doin'

If you watch Phineas and Ferb you'll know this girl named Isabella. I love love love Isabella's ''Watcha doin'?"




Have a good day everyone! 

Thursday, February 2, 2012

Waktu Bangun

dari tidur. ewah bersambung-sambung pulak.

Aku nak share something yang parents aku forbid buat kalau kat rumah; TIDUR LEPAS SUBUH. which kat rumah memang aku tak buat (tapi pernah gak ah curi-curi) whereas bila aku kat UIA, maaf, roomates aku memang xkan nampak muka aku lepas solat subuh, dan aku nampak semula pada jam 12 tengah hari. dan tu pun aku bangun just for the sake of lunch T___T

Sebenarnya aku seronok kalau tak tido lepas subuh, sebab memang banyak kebaikannya. Tapi kalau kat UIA mmg tak kan lah aku tak tidur lepas subuh. Macam kita biasa dengar tidur lepas subuh tutup pintu rezeki. Kat sini maksudnya kita tak dapat sangkal yang rezeki datang dari Allah, dalam pelbagai bentuk dan cara, tapi kite kene berusaha, betul tak? Macam kalau orang bukak kedai, pagi2 dah bukak inshaAllah ade customers, ade rezeki. Tak gitu?

 So kat bawah ni list kebaikan tak tidur lepas subuh berdasarkan experience aku sendiri:


a) Boleh siap house chores awal.
(sapu satu rumah, kemas bilik, sapu luar rumah, jemur baju, lipat baju, iron baju) kadang2 boleh siap before 9/10 am. Depends la pukul berapa start.And then bolehla berehat dengan jayanya.

b) Badan tak penat.
Kalau kat UIA kan, aku mmg tidur lepas subuh. so bila dah bangun, rase sakit kepala kadang2 sebab tidur lama sangat and lepas lunch ngantuk lagi. pastu jap jap ngantuk, jap jap ngantuk.Rase macam tak bermaya. If tak tidur, rasa bermaya. haha.

c) Hari lebih productive.
Macam point a) aku kat atas nun. Ada banyak benda yang kite boleh setelkan if bangun pagi2. And then rasa bersemangat sikit nak buat bende lain jugak. Bila badan and otak tak penat, we're ready for a tough and rough day! hahahaha. geli pulak aku ni positive sangat @__@

d) Boleh breakfast.
Aku buat point ni sebab kalau kat UIA idoklah aku merasa apa itu breakfast. Bila bangun pagi boleh breakfast! hahaha. okay aku tau point ni macam bukan point, tapi yeahhh (entah pape).


Dah lah dulu kot aku merepak meraban. Tatatititutu!

Friday, January 27, 2012

Nikmat penglihatan

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu nak pakai spek. Konon eh cool nya pakai spek tu... Pastu kakak-kakak aku 3 orang semua pakai spek from aku kecik lagi..so aku macam.. wah nak pakai sepek jugop -.-" 

Pastu masa sekolah menengah aku g check mata.. mase tu form 1 @ 2 aku tak berapa nak ingat. sekali kene pakai spek betul, aduh.. mase tu cheeewahh happy la konon, boleh pakai spek! @__@ aku tak tau la ape bende yang aku pikir. aku ingat lagi 1st spek aku yang xde frame tu. awhh macam orang tua.. tapi x silap aku time tu tgh trend pakai spek macam tu.. entah pape aku nih. 

Makin aku dewasa (eww), naik form 3,4 and 5 aku jadi makin malas nak pakai spek..sampaila aku masuk matrik UIA. aku malas gile, sanggup kecikkan mata nak bagi nampak ape yang tak nampak. kakak-kakak aku sampai naik marah la jugak dengan perangai adik dia ni.ade spek tapi xnak pakai.


stail arh minah ni!!

from here

So sekarang within few days  I'll be turning 22, aku mula rasa malas ke tak malas ke, pakai je la spek tu. terang skit dunia. tapi aku x pakai sepenuhnya la. most of the time kat rumah aku tgk tv aku pakai.tapi aku byk pakai la sekarang. dulu selalu kene perli, sanggup kecikkan mata sebab tak nak pakai spek.. tapi aku buat bodoh jugak..

Honestly, nikmat penglihatan yang Allah bagi ni jum lah bersama2 kita jaga. serius, memang menyesal gak lah aku tak jaga mata betul2.tapi padan lah ngn muka tu kan. gatal sgt nak pakai.

Wednesday, January 11, 2012

Perangai

Aku tinggal satu paper lagi.. tapi rase macam dah habis weh @___@ 
malas tahap hmmpph tak tahu nak cakap..
Macam dah habis exam pun ada. 

4 days gap, tapi percayaalaahhhhh kasihmu lama tersulam memang a day before baru menggelabah... dengan notes tak de nye etc etc.. mulalah mesej classmate weh nervous weh nervous padahal usaha setakat mana la sangat aku ni.. huu. yang penting dalam hidup aku, aku seorang yang takde aim.. jarang2 sangat aku akan aim especially untuk result exam..biasanya lepas habis satu paper, aku akan terus zapp lupa and balik bilik online or tengok movie.. tapi tipulah kalau tak pernah down sebab menggoreng merebus dan sebagainya tatkala exam..well that's life kan. tapi sem ni memang agak tough tp weh aku rase setiap sem aku rase camni. next sem dah 3rd year ohmaii tua dah...

Apa2 pun semoga aku study awal for next paper, which is highly unlikely. tapi hopefully, yeah *aku pun pening weh pebenda tah aku cakap ni* 

Kakak aku asyik text je, bila cuti, cuti sampai bape hb? Okay aku pulang nanti dengan harapan beliau akan belanja adik beliau yang kering poketnya. bye!

Tuesday, December 27, 2011

Bile dah dekat exam ni

Macam2 perangai mula datang. Malas malas malas malas malas. Nak tido nak tido nak tido. 
Hohoho. Mintak maap semua and wish me luck. 

Kepada semua budak budak UIA all the best!!  

Especially untuk Iqa, Jah, Shifa, Rossa, and Ct Orange kat Gombak ni. Plus my three never-will-be-forgotten Sri and Anna kat Kuantan and Syifa kat Mesir nun jauh di sana. 

We can do this babes. Yeehaaaa! *pukul elephant kat bawah ni*




Saturday, December 24, 2011

APA GUNA

beli barang kalau tak pakai. Hence the capitals. I have this problem of not using the things I bought, and  I bought these:

Sharpie. plus 2 more black Sharpie.


Dah lama jugakla beli. Tengok orang pakai oh shooot bestnya nampak. Aku tgh la xde bakat. Pastu gatal beli then hah! xtau nak buat ape. hiasan atas meja lahhh kotttt. Membazir! Perangai syaitonnn!


Parents coming to KL tomorrow :)

Friday, December 9, 2011

Hahaha!! Jubli emas perak

Jubli tu ulangtahun kan? Cuma aku tak pasti emas tu berapa tahun perak berapa tahun.. ni jubli aku update belog. kui3. setahun sekali je update belog ni. Puh puh puh tiup habuk.

Aku nak cerita pasal angan2 aku selama ni. Nanti aku cerita okay?

Assalamualaikum :D

Sebelum tu, aku nak bagitahu bahawa sesungguhnya gmabar header kat atas tu, yang hujung sebelah kiri, gambar radio tu memang gambar dia mcm tu, separuh jalan. XD aku pun tak tau apesal aku gtau weh. so bye for now hihihi